8.5 C
New York
Sunday, March 3, 2024

Satu kematian setiap 2 jam akibat kemalangan motosikal di M’sia pada 2023; 4,000 mangsa – JPJ


Satu kematian setiap 2 jam akibat kemalangan motosikal di M’sia pada 2023; 4,000 mangsa – JPJ

Satu perkhabaran yang mendukacitakan apabila Pengarah Kanan Penguat Kuasa Undang-Undang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan memaklumkan bahawa secara purata satu kematian berlaku setiap dua jam akibat kemalangan motosikal di Malaysia pada tahun 2023.

“Pada 2022, seramai 6,080 individu terkorban dalam kemalangan jalan raya di seluruh negara. Jumlah itu meningkat kepada 6,344 orang pada tahun lepas. Kira-kira 4,000 daripada kematian ini adalah melibatkan motosikal. Bermakna purata seorang terbunuh setiap dua jam, dan ini adalah development yang sangat membimbangkan,” katanya seperti yang dilaporkan The Star.

Beliau berkata demikian pada sidang media dalam operasi khas sempena Tahun Baharu Cina dan musim cuti di Tol Skudai malam tadi.

Satu kematian setiap 2 jam akibat kemalangan motosikal di M’sia pada 2023; 4,000 mangsa – JPJ

Berhubung operasi khas tersebut, Lokman berkata, JPJ mengeluarkan 165,553 saman di seluruh negara mulai 1 Februari hingga semalam (28 Februari 2024).

Katanya, saman paling tinggi membabitkan kesalahan tidak memiliki lesen memandu berjumlah 42,505 atau 26% diikuti gagal memperbaharui dan tiada lesen kenderaan motor sebanyak 32,979 atau 20%. Malahan saman turut dikeluarkan atas kesalahan teknikal iaitu 29,976 dan tiada insurans sebanyak 27,239.

“Saman terhadap kesalahan pemandu yang memandu secara tidak selamat dan berisiko tinggi juga dikeluarkan sebanyak 7,340 atau empat peratus. Kesalahan ini membabitkan had laju, langgar lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, menggunakan lorong kecemasan, memotong barisan, menggunakan telefon bimbit, tidak memakai tali pinggang keledar atau topi keledar, pandu kenderaan berat di lorong laju serta lebih muatan. Sementara itu, lain-lain kesalahan pula adalah sebanyak 20,264,” katanya.

Satu kematian setiap 2 jam akibat kemalangan motosikal di M’sia pada 2023; 4,000 mangsa – JPJ

Selain itu, beliau berkata, daripada keseluruhan jumlah saman dikeluarkan, sejumlah 17,762 saman membabitkan pesalah warga asing atas pelbagai kesalahan. Di mana ia membabitkan kesalahan tiada lesen memandu sebanyak 6,380, tiada cukai jalan (2,120), tiada insurans (1,843) dan lain-lain kesalahan (7,419).

Menurutnya, sepanjang operasi yang turut disertai Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu, sebanyak 768,276 kenderaan diperiksa dan 6,413 kenderaan telah disita.

“Siasatan bagi semua kes dijalankan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715),” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles