18.6 C
New York
Tuesday, April 16, 2024

Zeekr 009 Grand dalam teaser – EV pencabar Lexus LM dengan empat tempat duduk, dalaman mewah


Zeekr 009 Grand dalam teaser – EV pencabar Lexus LM dengan empat tempat duduk, dalaman mewah

Jika dilihat pada Zeekr 009 yang dilancarkan tahun lepas, ia sudah merupakan sebuah MPV yang cukup mewah, dengan saiz lebih besar daripada Toyota Alphard/Velffire, kabin luas serta penggerak elektrik yang berkuasa. Sekarang, jenama EV di bawah Geely ini mahu pergi lebih tinggi dengan memperkenalkan pula Zeekr 009 Grand.

MPV versi empat tempat duduk ini cuma akan didedahkan sepenuhnya 19 April ini, tetapi teaser untuknya sudah mula disiar. Kita boleh melihat banyak bahagian dalamnya, termasuk tempat duduk berasingan yang mempunyai penyokong kepala besar, perehat leher serta banyak bahagian yang boleh dilaras. Kemudiannya di atas, terdapat bumbung kaca yang besar serta panel hiasan (kayu/marmar) untuk melengkapi kemasan kulitnya.

Paling mengagumkan di bahagian dalam adalah skrin besar untuk penumpang, yang menjadikan skrin pada Lexus LM dan BMW i7 nampak kecil. Seperti yang dijangka, ia boleh dihubungkan dengan pelbagai sumber hiburan termasuk servis penstriman iQiyi. Tidak cukup dengan itu, ia juga mempunyai fungsi karaoke.

Dengan adanya skrin yang besar ini, cermin pembahagi antara tempat duduk hadapan dan belakang cuma tinggal sedikit sahaja di bahagian atas, dan orang yang berada di hadapan tidak dapat melihat secara terus penumpang di belakang. Satu lagi skrin kawalan disedikan pada konsol tengah.

Bahagian luar secara asasnya sama sahaja dengan 009 biasa, tetapi diberikan dengan kemasan tersendiri seperti gril krom gelap serta rim 20 inci berkilat seperti Rolls-Royce. Anda juga boleh melihat terdapat sensor lidar di atas cermin hadapan, sekaligus memberi bayangan MPV ini akan dilengkapi sistem pemanduan sekurang-kurangnya semi autonomous.

Tiada perincian teknikal yang didedahkan setakat ini, tetapi ia dijangka menggunakan penggerak sama seperti 009 biasa, iaitu tetapan dua motor berkuasa 544 PS (400 kW) dan 686 Nm, dengan jarak gerak yang bergantung kepada bateri – 702 km untuk bateri 116 kWh dan 822 km untuk bateri 140 kWh. Apabila menggunakan sumber DC, bateri 116 kWh boleh dicas 10-80% dalam masa 28 minit.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles